Tuesday, 21 August 2012

Al-Fatihah...

Macam mana dengan Aidilfitri tahun ni? Bagi aku Aidilfitri tahun ni disambut secara sederhana. Lebih sederhana dari tahun-tahun sebelum.

Ini kerana dua orang saudara aku telah kembali ke rahmatullah pada Ramadhan terakhir kerana serangan jantung. Mungkin ini dugaan untuk keluarga kami terutama keluarga belah ayah. Paling kami tak sangka adalah pemergian Cik Nor iaitu makcik aku sendiri pada usia 39 tahun kerana serangan jantung atau Acute Coronary Syndrome (ACS). Semua tak sangka yang dia telah pergi tinggalkan kami buat selama-lamanya. Dia merupakan orang yang rapat dengan keluarga. Memang terasa sangat bila dia dah tiada dan kami seolah-olah masih tidak percaya. Apapun, dia telah bertemu ajalnya :(

Paling aku sedih bila terbayang anak dia, Ira, Ayid dan Oyil. Mereka membesar tanpa seorang ibu. Ayahnya pula masih belum boleh berkerja kerana mengalami keretakan pada tulang belakang beberapa bulan yang lepas. Mungkin ini dugaan. Kita kena terima ketentuanNyaa :)

Semoga Ira, Ayid dan Oyil menjadi anak yang soleh dan solehah :) 

Al-Fatihah untuk Cik Nor, semoga beliau ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman...


Dia yang bertudung coklat tu. Ni lah kali terakhir, aku jumpa dengan dia masa majlis pertunangan abang. Dan masa tu dia cakap 'Cepatlah ambil gambar cik Nor......'

Afifah Aris

No comments: