Sunday, 2 September 2012

Bila aku bangun...

Selamat datang bulan September. Semoga bulan ini lebih baik dari bulan Ogos, Julai, Jun, Mei, April, Mac, Februari, Januari dan juga September tahun lepas :P

Cepat saje masa berlalu meninggalkan kita pada tahun ni. Pejam celik, pejam celik, kita sudah meniti ke akhir tahun 2012. Wahhh maka dengan ini, aku sedar bahawa masa takkan pernah sekali untuk menunggu kita. 

Segala yang pahit kita buang, mana yang manis kita simpan. Begitulah lumrah hidup. Mana ada orang yang kecapi bahagia setiap masa dan tiada orang yang akan merasa sedih sentiasa. Telah termaktub dalam Luh Mahfuzh apa yang Dia telah rancang adalah untuk hamba-Nya.

Dia takkan uji hambaNya jika hamba-Nya tidak mampu berhadapan dengan ujian dari-Nya. Maka, apa yang telah diuji, ada saja penyelesaiannya. Cuma hamba-Nya saje yang perlu menerima.

Ujian yang dia berikan tidaklah begitu sukar untuk aku terima. Dan sekarang Alhamdulillah aku dapat terima dengan hati yang terbuka. Tidak salah jika aku pernah berkata 'takkan pernah maafkan kau sampai aku mati' aku menarik balik. Ini kerana aku terbaca dari salah satu artikel 'Solusi' iaitu 'Dosa dengan Allah bila-bila saja boleh diampunkan seandainya kita bertaubat, tetapi dosa sesama manusia amat berat jika seseorang itu tidak memaafkan kita sehingga dia mati'. Dengan, secara terbuka aku memaafkan sesiapa pun yang pernah menyakiti hati aku.

Alhamdulillah aku bisa berfikiran waras. Bukan apa, ujian sebegini pernah aku alami. jika sebelum ini aku bisa berhadapan, mengapa kali ini tidak?

Pernah dengar 'yang pergi silih berganti'? Benar pepatah melayu. Selepas kejadian 4/8/12 ada pula beberapa orang yang ingin mengisi kekosongan hati ni. Maaf aku katakan, bukan sebab aku tak suka, tapi ada sebab lain yang membuatkan aku tolak. Mungkin tidak bersedia lagi? Mungkin belum penuh ciri-ciri pilihan? Dan mungkin ada sebab-sebab tertentu. belum sempat laksanakan solat istikharah, hati aku sudah berkata 'tidak'. Apa perlu buat? Yang tanggung sakit adalah hati, bukan organ lain. Maka, aku dengar dengan tatkala hati aku berbicara.

Bukan nak kata 'maket', 'popular' ke apa, tapi mereka datang secara tiba-tiba. Penuh ketidaksangkaan dalam hati ini. Belum sempat aku menilai mana yang terbaik.

Insyallah, jika ada jodoh dengan salah seorang dari mereka, jodoh tu akan datang dengan sendirinya walaupun hati berkata tidak, walaupun kita cuba untuk menolaknya. Jika tidak, aku tetap akan tunggu dan terima apa yang telah dirancang oleh-Nya.

Semoga, bahagia yang aku kecapi hari ini, tak berhenti setakat hari ini. Malah, sehingga esok, lusa dan hari-hari seterusnya :) Dan aku telah bangun!

Afifah Aris

No comments: