Sekali lagi dugaan datang menimpa aku. Dugaan yang telah menjadi kebiasaan dalam hidup seseorang remaja yang pernah bercinta. Tak cukup setahun pun, kini aku kembali bujang. Cehh bujang katanya :D
Jatuh, bangun dan terus berjalan merupakan kehidupan. Seperti juga roda, kadang di atas kadang di bawah. Aku tak sedih kerana ditinggalkan, tapi aku sedih kerana aku ditipu. Aku mengaku ada juga salah aku tapi semua ini dah termaktub. Tiada jodoh mungkin. Allah sengaja temukan kita dengan orang yang salah. InsyaAllah suatu hari nanti aku akan ditemukan dengan orang yang boleh terima aku serta fahami aku dan kerjaya aku.
Semua yang terjadi membuatkan aku lebih kuat. Kuat dari yang pernah aku lalui ketika bersama MHH mahupun bersama AHMT. Kalau dengan mereka aku bisa bangun, menjalani hidup seperti biasa mengapa kali ini tidak? Aku juga bisa! Aku buktikan pada semua. Selepas ini aku perlu berhati-hati dalam memilih pasangan. Aku akan bangun, terus berjalan ke hadapan, capai bahagia, lebih bahagia dari orang yang tengah bahagia :)
'Sayang...'? Mampu diucap dengan mulut malah hati kata tidak.
Prinsip aku : 'Biar berpisah sekarang, jangan bercerai kemudian' Insyallah :)
Afifah Aris

No comments:
Post a Comment