Tuesday, 27 December 2011

N dot A dot R dot


Malam tadi aku termimpi. Mimpi masa-masa kita ketawa bersama, kita gelak bersama, kita gembira bersama. Terngiang-ngiang gelak ketawa kau dalam mimpi aku malam tadi. Apa yang kita buat semuanya berakhir dengan senyuman. Terasa mimpi aku seperti zaman kanak-kanak. Zaman kanak-kanak yang taktau apa-apa, yang mereka tau hanyalah ketawa ketika gembira. Tidak faham akan erti sedih.

Bila aku tersedar, aku terdiam. Terdiam seribu bahasa, cuma airmata yang menemani aku ketika itu. Aku rindu masa dulu. Masa yang membuatkan aku mengerti apa itu persahabatan, betapa bernilainya sebuah persahabatan, betapa berharganya seorang sahabat yang tidak mungkin dibeli dengan wang ringgit.

Egonya aku...

Airmata terus jatuh. Tak dapat aku pertahankan lagi. Sedih menyelubungi diri aku di pagi yang hening itu. Betapa besarnya salah aku pada dia, betapa bodohnya aku mengangapnya seperti tin kosong yang tiada nilainya.

Ya Allah, terima kasih kerana menghadiahkan dia kepada aku untuk memenuhi ruang hidup aku. Aku bersyukur punya sahabat seperti dia. Sahabat yang sentiasa dengan aku ketika aku susah dan senang, sahabat yang sentiasa mewarnai hari-hari aku sewaktu dulu. Semoga engkau berkati persahabatan kami Ya Allah.

Kalaulah masa boleh diputarkan semula? Tapi sudah terlambat..

Aishah Razak, saya minta maaf atas semua perbuatan saya selama ini. Saya rindukan waktu dulu-dulu. Kalau boleh saya nak berhentikan masa waktu pertama dulu kita kenal. Tapi sudah terlambat. Saya minta maaf dari hujung rambut sehingga hujung kaki :( Terima kasih selama kita kenal, awak banyak mengubah saya, awak banyak mengajar saya dan sentiasa menolong saya. Saya hargai semua tu. :)

Sayang Shidut selama-lamanya <3
Afifah Aris


_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

No comments: