Wednesday, 28 December 2011

Lepas rindu




Hai! Nampak tak gambar kat atas? Okay nak bagitau mereka semua kawan baik aku. Bukan ni je, ada lagi tapi tak sempat nak jumpa memandangkan masing-masing ada hal yang tak boleh dielakkan. Ni lah muka-muka yang sempat aku jumpa. Nak kena perkenalkan tak? Tak payah lah kot. Bukan penting pun nama dia siapa kan? Hahaha Peace ^^

Alhamdulillah dapat jumpa walaupun sekejap. Dapat hilangkan rindu, Bukan senang 'artis-artis' ni nak berjumpa. Semenjak sambung belajar ni, sebulan belum tentu sekali untuk berjumpa. Tak macam zaman sekolah dulu, hari-hari jumpa, sampai dah naik bosan aku tengok muka manusia ni :D Guwauuuuuuu! Haha dah nama pun sekolah, semestinya hari-hari jumpa kan? Lol much!

Okay macam biasa Shidut ni. Kalau nak jumpa mesti kat tempat biasa iaitu Jusco Bukit Indah. Memang dah naik jemu aku tengok bangunan tu setiap kali dengan dorang. Asal jusco je Shidut, asal Shidut je Jusco! Silap haribulan aku pun boleh muntah darah Tehehe :P Takpe lah, walaupun dah naik muak asyik lepak tempat sama, tapi kita dapat jumpa jugak. Bermula dari bangunan ni buka sampai lah ada ada pembikinan bangunan baru untuk panggung wayang, memang kami akan ke sini. Banyak berjasa bangunan ni ye. Tak gitu kawan-kawan? Tempat termampu lah katakan. Almaklumlah, Shidut ni semuanya anak-anak emak. Memang semua anak emak. Tapi maksud aku, manja. Hihi

Lepas ni bila lagi dapat jumpa? Sebulan akan datang? Dua bulan akan datang? Insyallah kalau ada rezeki, panjang umur, kita jumpa lagi. Panjang umur aku dah nak 19 tahun ni ekeke :P

Terima kasih Shidut. Sayang semua :*

Afifah Aris

No comments: