Sunday, 1 January 2012

2012

Wahhhhhh 2012? Macam tak percaya! Yeke dah 2012 ni? K lempang pipi kiri lempang pipi kanan. Betullah dah 2012. Kenapa tak percaya sangat? Tak percaya sebab rasa macam tak cukup 12 bulan je tahun 2011. Rasa macam baru semalam habis sekolah! Eh apa kena mengena? :D Yela umur dah meningkat. Fikiran dah matang.

Alhamdulillah azam tahun 2011 telah tercapai. Memang senang nak tercapai janji ada usaha. Betul tak? Azam tahun lepas cuma ada 2. Taknak senarai banyak-banyak sebab aku tau potensi diri ni macam mana. Azam yang paling penting biarlah aku je yang tau sebab itu soal agama. Kalau bagitau takut riak pulakkan? Tehehe azam yang lagi satu adalah dapat menggembirakan hati mak dan ayah dengan keputusan semester 1. Dapat jugak buktikan kat mereka yang aku ni serba boleh. Pointer pun taknak bagitau, nanti ada yang tak puas hati, kecoh dekat kolej kejururawatan KPJ, Afifah ni seorang yang berlagak. Oh tidak. Apapun, Alhamdulillah :)

So azam tahun ni nak kekalkan azam tahun sebelum. Nak tambah tak? Em tahun ni nak buat yang terbaik untuk diri sendiri, keluarga, agama, bangsa dan negara! Haaaa satu je azam aku tahun ni. Macam yang aku cakap. Tak perlu nak senarai kan satu sampai sepuluh sebab yang satu tu pun nak kena guna banyak usaha! Sanggup ke? Silap haribulan satu pun tak tercapai. Kenapa gitu? Sebab aku pernah mengalaminya pada tahun 2009, masa ditingkatan 4. Satu apa pun aku tak dapat -,- Senarai banyak-banyak tapi takde usaha. Tak guna jugak. Omong kosong ya pak :D

Semoga tahun 2012 memberi seribu satu makna buat aku dan keluarga. Moga tahun ini lebih baik berbanding tahun yang sebelum. Amin :) Usia semakin meningkat, fikiran semakin matang. Lagi 15 hari dah nak 19 tahun.

Selamat Menyambut tahun Baru 2012.

Afifah Aris

No comments: