Saturday, 10 December 2011

Dan dia pergi


Telah tiba masanya dia tinggalkan aku. Takpe, dia pergi untuk masa depan dia jugak. Kalau tak pergi rugi besar. Nak taknak kami tetap berpisah. Ingat, jauh mana pun pergi jangan pernah lupa dengan orang yang pernah jadi sebahagian dari hidup kita. Maksud aku, kawan. Ye, kawan aku Hadiana dah berhenti dari kolej kerana menyambung Diploma Separa Perubatan. Bidang tetap sama iaitu kejururawatan. Cuma bumbung je lain dan di bawah tanggungan kerajaan.

Selasa lepas merupakan hari terakhir dia di kolej. Aku menghabiskan sepenuh masa dengan dia. Cuma 2 hari dapat bersama dengan dia setelah 2 bulan terpisah. Dapat bayangkan tak betapa sedihnya aku ketika itu? Tapi, egonya aku menahan semuanya termasuk airmata. Shhhhhhh malulah nak nangis depan orang. Dan, kalau aku nangis nanti lagi sedih. Kan? Walaupun dia sudah mengalirkan airmata ketika tu, aku masih tersenyum. Bukan kerana suka tapi tu semua adalah kebaikan untuk diri dia.

Teringat masa semester 1 dulu. Tidur lambat sama-sama, bangun lambat sama-sama, makan sama-sama, minum sama-sama, rehat sama-sama, solat sama-sama, nyanyi sama-sama dan belajar pun sama-sama. Rindu sangat masa tu. Bila dia dah takde, semua jadi lain. Paling terasa bila nak tidur, bila dengar lagu dan bila nak belajar. Dulu sebelum tidur mesti dengar cerita dia, dengar cerita aku, gelak sama-sama tengah malam, tidur pukul 2 pagi. Bila nak belajar mesti set masa, sambil dengar lagu nyanyi sama-sama tengok suara sama lagi kuat. Masa tu mulalah, buku ke mana, kita ke mana. Rindu ayat ni 'malam ni kita nak belajar apa?'. Kenapa rindu? Sebab lepas dia pergi takde siapapun yang mengajukan soalan tu untuk aku. Sekarang, bila balik hostel, buka buku sorang-sorang, belajar sorang-sorang. Yang lain semua belajar dalam bilik. Takde siapa nak teman. Rindu nak kejut orang sebelah bila dekat kelas. Rindu nak dikejut dengan orang sebelah. Tak mustahil kalau dalam kelas kita berdua tidurkan?

Awak, kite rindu 2 bulan lepas. Kenapa cepat masa berlalu? Hmphh Takde siapa nak dengar cerita kite tengah-tengah malam sebelum tidur. Rindu nak gelak-gelak sebelum tidur, nak nyanyi sebelum tidur Hmph. Bila kite dengar lagi Tonight-FM Static kite terus ingat awak. Taktau kenapa. Rinduuuuuuuuuuuuuuuu sangat.

Kalau panjang umur kita jumpa lagi. Awak, jaga diri. Jangan lupakan kite tau sebab kite takkan lupakan awak. Terima kasih sebab jadi kawan kite, teman kite sepanjang kite kat kolej dulu., terima kasih sebab faham diri kite, layan karenah kite. Kite simpan kenangan dengan awak dulu sampai bila-bila.

Sayang awak, rindu awak setiap hari <3

Afifah Aris

No comments: