Friday, 27 May 2016

Andai Kau Jatuh

Saat kau jatuh,
Cepat-cepatlah bangun.
Andai kau tak mampu,
Kau harus mencuba.
Andai kau masih tak mampu,
Carilah tangan yang menghulur.
Andai tiada,
Tadahi tangan, kau sujudlah.
Kerana,
Kau masih ada Dia yang satu.
Untuk kau meminta pertolongan.
Yang sentiasa ada, saat kau tiada siapa.
Yang sentiasa bersama, saat kau keseorangan.
Yang masih setia, saat kau ditinggalkan.
Ya Allah.. Berilah aku kekuatan disaat Kau memberi ujian.

No comments: