Aku single ke, aku berteman ke sama je. Takde apa yang beza. Cuma kalau berteman tu mungkin bahagia sikit. Tapi sekarang, aku rasa lebih bahagia. Aku bisa bangun selepas terjatuh. Dan hidup seperti sedia kala, seperti tiada apa yang pernah berlaku. Itulah aku.
Tak pernah rasa cemburu bila tengok kawan-kawan mempunyai teman (boyfriend). Setiap malam on call, setiap saat membalas mesej, bergaduh berbaik, menghabiskan masa bersama. Kadang-kadang terniat juga hati ni untuk merasa sama apa yang kawan-kawan rasa. Tapi bukan sekarang. InsyaAllah pada masa akan datang bila Allah dah bagi nanti. 
Apa yang Allah beri, itulah yang terbaik. So aku tak perlu susah-susah nak cari boyfriend di Facebook, di Twitter mahupun di Tagged. Walaupun di Twitter ada juga orang yang suruh contact, tapi aku anggap mereka sekadar kawan. Alam maya punya orang, dari zaman dulu aku tak percaya! Dan aku tak percaya cinta muka buku macam yang dikatakan oleh Najwa Latif. Cinta burung biru apatah lagi. Dulu, boleh juga aku percaya, tapi bila dah terkena, aku langsung tak percaya. Tapi aku tau. Apa yang Allah merancang sebelum ini, hanya untuk mematangkan aku.
Aku berdoa, biar yang datang lepas ni lebih baik dari yang sebelum. Seseorang yang boleh menyempurnakan kekurangan aku dan terima aku dan kerjaya seadanya :)
"Cari lelaki yang boleh menyayangi kita 100%, bukan kita yang menyayangi dirinya 100%"
Afifah Aris

No comments:
Post a Comment