'Awak kan masih belajar, kenapa sibuk nak bercinta sana-sini?' Jauh lagi awak kena melangkah. Lebih baik awak fokus pada pelajaran awak. Dah cukup semua tu, barulah fikir suami. Suami tau, bukan boyfriend..'
Terfikir sejenak. Ada juga betulnya. Kita akan rasa semua tu mengikut peredaran umur kita. Suatu hari nanti kita juga akan sampai tahap tersebut. mungkin bukan sekarang, bukan hari ini, bukan juga esok. Mungkin suatu hari nanti. Siapa tau? Dia yang menentukan.
Bila fikir semula, pertemuan dan perpisahan juga datang dari-Nya. Jika waktu ini dia telah temukan kita dengan seseorang, kita perlu menerimanya. Sama ada baik mahupun buruk dirinya, kita perlu terima. Mungkin itu jodoh? Siapa tau? Jika dia bukan jodoh kita, tidak salah jika kita menerimanya sebagai seorang kawan.
Aku seorang pelajar, aku juga bercinta. Pada mulanya aku juga takut. Takut jika aku tersalah langkah sehingga aku mengabaikan tanggungjawab aku sebagai seorang pelajar, seorang anak kepada ibu bapanya. Itu yang aku fikir. Aku cuba juga. Semua orang mahukan pasangan. Lagi-lagi apabila seseorang itu telah sah menjadi yang halal buatnya. Aku juga mahukan benda yang sama walaupun aku tau itu masih terlalu awal, aku masih hijau segar lagi. Setiap orang ada perasaan bukan?
Semua orang boleh bercinta semasa belajar. Maksud aku, ketika menyambung pelajaran. Yang bezanya cuma bagaimana kita membahagikan masa, bagaimana kita menjaga hubungan tersebut, bagaimana kita berhadapan dengan situasi tersebut.
Siapa kata kalau bercinta perlukan 24 jam sms dari pasangan? Siapa kata kalau bercinta perlu dengar suaranya setiap malam, siapa kata kalau bercinta perlu berjumpa setiap masa? Siapa kata? Tidak bagi aku. Kawan-kawan, sila buka mata. Siapa dia bagi kita? Suami ke? Isteri ke? Dia belum sah untuk menjadi milik kita. Kita boleh merancang, tapi bukan kita yang tentukan.
Jangan bazirkan masa 24 jam, 7 hari, 4 minggu, 12 bulan dengan dia tapi pelajaran terabai. Jangan habiskan duit beli topup untuk dia tetapi ibu bapa kita terabai. Jangan habiskan airmata menangis kerana dia jika dia tidak faham kita atau semata-mata ingin meminta maaf dengan dia kerana terlalu sibuk sedangkan dosa dengan ibu bapa sudah tak tertanggung lagi beratnya.
Cinta aku di dunia adalah untuk ibu bapa. Semasa belajar, aku bercinta dengan buku. Tapi aku tidak pernah lupa, maha Pencipta serta kekasihnya..Jika dia tidak faham kita, tak perlu cakap banyak, tinggalkan sahaja. Sebenarnya, bercinta juga dah boleh buat ramalan bagaimana masa depan kita..
Saya berharap sangat, awak dapat faham mesej yang saya ingin sampaikan melalui post ini. Okay Faiz Ajid? :)
Afifah Aris
3 comments:
saya faham semua yang awak luahkan dalam post ni...saya juga sama seperti awak...masih seorang anak,pelajar dan hamba-Nya...perasaan sayang itu adalah normal bagi manusia biasa...tapi bagaimana cara kita menadaptasikannya berbeza dengan orang lain...sangat sangat mengagumi prinsip awak...andai sudah tertulis jodoh kita...biarlah awak menjadi yang halal untuk saya...mungkin bukan sekarang...tapi satu hari nanti... <3
~faiz ajid @ encik stalker awak~ :)
So swit
Selalu orang bercinta semasa belajar akhirnya ke jinjang pelamin.
kesal gak pada orang single apabila tahun akhir baru nak luahkan perasaan sayang rupa-rupanya perempuan dia minat tu dah nak kahwin bila habis belajar. Frust menongeng lar.sapa suruh lambat confess.
Post a Comment