Kenal tak siapa Joseph Kony? Kalau korang yang jenis amek tahu tentang perkembangan dunia, mesti korang kenal siapa dia ni. Dia ni dah famous start dari tahun 2003. Kalau tak silap aku lah, sebab aku pun tak sempat nak cari maklumat pasal dia ni. Tapi, dia ni bahaya. Dunia ni sangat bahaya dengan kewujudan jejaka berkulit hitam ni, lagi-lagi dekat Uganda nun.. 'Invisible Children'. Pernah dengar tak? Kalau taktau boleh search pasal ni.
Aku kenal dia ni pun selepas menonton satu video yang sekarang ni tengah meletup kat facebook. Pensyarah kelas English yang tunjuk masa kat kelas semalam. Kitorang punya lah excited walaupun kitorang tak kenal dia ni pada mulanya. Bila dah tonton video 24 minit ni, baru lah kami faham. Bila dah faham mulalah nak jadi Hulk. Mulalah nak angin satu badan dengan mamat ni!
Lepas tonton video tu, pensyarah ada kan aktiviti kelas. Kelas English memang best sebab ada je aktiviti. Happening gituuuuu..Aktiviti yang dijalankan adalah berkenaan dengan KONY. Sama ada kita menyokong NGO untuk menangkap KONY atau tidak menyokong. Berdasarkan video yang dah di tonton, sudah tentu 64 orang ni menyokong. Tapi takdelah nak suruh kami, bakal-bakal jururawat ni jadi askar, tidak..Menyokong pun sudah memadai.
Dan ini lah hasilnyaaaaaaaaaaaaaa selepas sejam kami bertungkus-lumus menyiapkan poster pasal Kony ni. Sebenarnya ada 7 poster yang dihasilkan oleh kelas kami. Tapi ini salah satu yang dihasilkan oleh kumpulan aku, Versus :)
Nak tahu lebih lanjuk, bolehlah layari : WWW.KONY2012.COM
Afifah Aris
No comments:
Post a Comment