
Sobsobsob..
Haha dah kenapa aku ni? Saje nak mengada-ngada tak boleh ke haaa? :P Em sebenarnya aku bimbang dengan berat badan aku yang dah naik mendadak sebanyak 6kg dalam tempoh lebih kurang 2 bulan. Risau, runsing, bimbang dan macam-macam perasaan wujud dalam diri aku ni.
Dapat bayangkan tak aku yang dulunya berat 45kg tapi sekarang dah naik 51kg? Gemuk, boncet, buntal dan sebagainya -,-
Buat penat je aku diet dulu tapi at last jadi macam ni. Erkk nafsu makan ni sentiasa ada. Kalau tak makan nanti kempunan pulak. Kalau makan nilah jadinya. Subhanallah ~
Semalam pergi rumah atuk dekat Seelong. Dah lama sangat tak jumpa atuk semenjak dah sambung belajar. So ni lah kesempatan yang ada so aku tak sia-siakan. Lepas berbuka semalam kitorang pergi sana.
Haaa time bersalam dengan Tok abah, dia boleh cakap 'Atuk ingatkan ni kakak'. Maigod malunya tapi aku tersengih-sengihlah. Then Tok mak cakap aku dah gemuk. Badan dah bulat. Em em then dia suruh aku kurangkan makan. Begitu jugak dengan mak. Dia suruh aku diet semasa bulan puasa ni.
Nak diet? So lepas ni aku akan bersahur Nestum manakala ketika berbuka aku akan makan kurma dan secawan milo ais. Amacam? Kesian tak? HAHA :P
Nak buat macam manakan? Uniform dah diukur. Kalau tak muat macam mana? Haaaa
Afifah Aris
No comments:
Post a Comment