
Tak tau lah kenapa dengan aku. Orang cakap ego aku tinggi. Yes. I admit it. Orang lain suruh aku berubah. Yes I try. Tapi tak boleh.
Bukan setakat ego, aku kuat tacing. Entah macam mana benda ni boleh wujud, aku pun tak pernah nak minta semua ni. dan kalau boleh nak jauh dari ni semua. Tapi tak boleh.
Benda kecik pun kadang-kadang boleh jadi besar sebab perangai aku ni. Nak buat macam mana. Dah aku memang macam ni sejak dulu.
Kalau nak suruh berubah tak senang macam orang lain cakap. Ingat ambil masa sejam dua jam gitu kalau tak makan masa yang lama sampai aku dah betul-betul jauh dari perangai aku ni
Tak boleh ke terima aku macam ni je? Atau memang dah tak sanggup langsung nak layan karenah aku? Ye aku pun tahu kesabaran manusia pun ada limit jugak. Kalau aku dah melampau, hilang jugak sabar tu kan?
Tapi entah lah. Aku nak orang faham aku. Tu je. Dan kalau rasa aku tak pernah nak faham orang lain, aku minta maaf. Memang tu yang patut aku terima. Dan aku rasa macam tu adil. Nak orang faham kita, kita mesti faham orang tu dulu.
Sumpah, aku tak pernah nak buat orang hilang sabar dengan aku apatah lagi nak buat orang benci aku sebab perangai aku ni. Takde orang pun nak minta ni semua. Setiap orang lain.
Maybe dengan perangai aku ni, korang jadi lebih penyabar, lebih kuat?
Aku tak minta apa-apa dari orang lain selain maaf dari mereka semua atas kesilapan yang pernah aku buat :/ Dan maaf kalau perangai aku membuatkan korang rasa tak puas hati mahupun terasa hati.
Aku tetap aku yang takkan pernah berubah :)
Afifah Aris
No comments:
Post a Comment